Surprise Me!

Mahkamah Tinggi | Najib terima RM2.08 bilion menerusi 9 transaksi - Saksi

2022-09-26 0 Dailymotion

Seorang pegawai bank pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, wang berjumlah RM2.08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank milik Datuk Seri Najib Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir 694, kesemua transaksi itu berlaku pada Mac dan April 2013.